Tajuk        : Kelas Microsoft Office 
Tarikh       : 12 Oktober 2017
Masa        : 11.00 am - 1200 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 1 Peserta
 
IMG20171012115206
 
Pembelajaran asas ini diajar kepada peserta dimana beliau kurang mahir dalam menggunakan Microsoft Office 2010. Beliau diajar menggunakan perisian tersebut dimulakan dengan Microsoft Office Word antara salah satu modul dalam Intel Easy Step. Perisian Microsoft Office Word juga dikenali perisan permprosesan kata.
 
Peserta akan diajar kesemua modul yang terdapat dalam Intel Easy Step sehingga mahir dalam menggunakan Microsoft Office. Intel Easy Step membantu komunti setempat yang mana tidak mahir dalam penggunaan asas komputer. 
 

 
Tajuk        : Program Sayangi Komuniti
Tarikh       : 23 Oktober 2017
Masa        : 8.00 am - 1200 pm
Bertempat : Pos Serbaguna J3K Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 42 Peserta
 
IMG20171023085313
 
Program ini adalah anjuran J3K Taman Rakyat Jaya sempena Perasmian Sayangi Komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Rakyat Jaya. Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya dijemput untuk memenuhi dibahagian agensi pameran. Antara aktiviti yang dijalankan di booth Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya adalah pemeriksaan kesihatan ( tekanan darah ) secara PERCUMA.
 
Pemerikasaan tekanan darah ini adalah salah satu modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti (MYHEALTH). Untuk komuniti setempat yang ingin membuat pemeriksaan tekana darah boleh datang ke Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya.
 
Tajuk        : Program Snap And Capture Product
Tarikh       : 7 September 2017
Masa        : 0900 am - 0100 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 11 Peserta
 
IMG20170907120148
 
Program ini dijalankan di Pusat Internet Taman Rakyat Jaya pada 7 September 2017 yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu para peniaga cara mengambil gambar produk jualan supaya menjadi lebih menarik. 
 
Selain itu juga, program ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop) kepada peniaga supaya mengetahui selain platform media sosial facebook, instagram http://myshop.pi1m.my/ ini juga dapat digunakan oleh peniagaan dengan syarat menjadi ahli Pusat Internet yang berdekatan dengan anda.
 

 
Tajuk        : Program Dashboard Komuniti
Tarikh       :10 September 2017
Masa        : 0900 am - 0200 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 146 Peserta
 
IMG20170910100522
 
Program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kepada komuniti setempat tentang kewujudan aplikasi baharu yang boleh dimuat turunkan di android telefon pintar anda. 
 
Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
Tajuk        : Pengisian Atas Talian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Tarikh       : 1 - 31 Disember 2017
Masa        : 9.00 am - 6.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 30 Peserta
 
IMG20170307110316
 
Pengisian atas talian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang hanya menetap di Malaysia sahaja. Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya berperanan membantu komuniti setempat yang tidak mahir menggunakan komputer untuk mengisi permohonan tersebut sepanjang tarikh pengemaskinian dibuka.
 

 
Tajuk        : Pengisian Atas Talian Dana Bakti Remaja 
Tarikh       : 4 - 31 Disember 2017
Masa        : 9.00 am - 6.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 26 Peserta
 
IMG20170723174535
 
Pengisian atas talian bantuan Dana Remaja untuk rakyat Terengganu yang masih bujang dan berpendapatan rendah sahaja. Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya berperanan membantu komuniti setempat yang tidak mahir menggunakan komputer untuk mengisi permohonan tersebut sepanjang tarikh pengemaskinian dibuka.
 
 

 
Tajuk        : Dashboard Komuniti (My Health)
Tarikh       : 5 Disember 2017
Masa        : 12.00 pm - 1.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 6 Peserta
 
IMG20171205124651
 
Pemeriksaan tekanan darah bersama ahli Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya. Pemeriksaan tekanan darah merupakan salah satu modul yang terdapat dalam Aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Health. My Health adalah satu aplikasi kesihatan yang boleh digunakan di Pusat Internet 1Malaysia. 
 

 
Tajuk        : Microsoft Office Word
Tarikh       : 6 Disember 2017
Masa        : 4.00 pm - 5.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 1Peserta
 
 
IMG20171206151730
 
Pembelajaran asas ini diajar kepada peserta dimana beliau kurang mahir dalam menggunakan Microsoft Office Word. Beliau diajar menggunakan perisian tersebut dimulakan dengan menaip surat. Perisian Microsoft Office Word juga dikenali perisan permprosesan kata.
 
Peserta diajar kesemua modul yang terdapat dalam pembelajaran asas komputer sehingga mahir. Pembelajaran asas komputer adalah satu modul yang k6 membantu komunti setempat yang mana tidak mahir dalam penggunaan asas komputer. 
  

 
Tajuk        : Mencipta Video
Tarikh       : 10 Disember 2017
Masa        : 3.00 pm - 5.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      :1 Peserta
 
IMG20171210152934 
Peserta telah diberi tugasan daripada gurunya untuk membuat video perpisahan. Peserta meminta diajar bagaimana cara untuk mengedit video menggunakan perisian Video Movie Maker. Perisian movie maker adalah satu perisian yang mudah digunakan untuk membuat video.
 

 
Tajuk        : Mencipta Video
Tarikh       : 12 Disember 2017
Masa        : 1100 am - 1.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      :1 Peserta
 
IMG20171212114517
 
Sambungan mengedit video perpisahan oleh perserta. Peserta telah diberi tugasan daripada gurunya untuk membuat video perpisahan. Peserta meminta diajar bagaimana cara untuk mengedit video menggunakan perisian Video Movie Maker. Perisian movie maker adalah satu perisian yang senang dan mudah digunakan untuk membuat video.
 

 
Tajuk        : Pengisian Atas Talian (Spa 8)
Tarikh       : 24 Disember 2017
Masa        : 1100 am - 1.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      :1 Peserta
 
 
Pengisian atas talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Spa8), peserta meminta staf Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya untuk mengajar beliau bagaimana cara untuk mengisi permohonan tersebut. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin mencari peluang perkerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Tajuk        : Program Pemeriksaan Mata Dan Tekanan Darah PERCUMA.
Tarikh       : 19 Ogos 2017
Masa        : 0930 am - 0100 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta     : 116 Peserta
 

IMG20170819095429 

Program ini diadakan dengan kerjasama Pro Eye Care Optimetry yang berpusat di Kemaman. Program Pemeriksaan Mata Dan Tekanan Darah ini telah diadakan di Pusat Internet Taman Rakyat Jaya. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendededahkan pentingnya dalam penjagaan mata dan kesihatan menyeluruh disamping mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti.

Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

 


 
Tajuk        : Intel Easy Step (Modul 1-15)
Tarikh       : 25-26 Ogos 2017
Masa        : 0300pm - 0600 pm
Bertempat : Pusat Internet  Taman Rakyat Jaya
Peserta     : 8 Peserta
 
20993852 478297835860063 1224094762868595488 n
 
Kelas Intel Easy Step merupakan pembelajaran asas komputer yang telah dijalankan selama 2 hari di Pusat Internet Taman Rakyat Jaya. Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat dalam penggunaan komputer yang betul termasuk perisian Microsoft Office.
 
Peserta diajar bagaimana cara untuk menggunalan ke semua perisian yang beraada di dalam Microsoft Office iaitu Word, Excel, Power Point dan Publisher. Intel Easy Step membantu komunti setempat yang mana tidak mahir dalam penggunaan asas komputer. 
Tajuk        : Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Abang 
Tarikh       : 15 November 2017
Masa        : 9.00 am - 12.00 pm
Bertempat : Perpustakaan Desa Kampung Kuala Abang
Peserta      : 17 Peserta
 
IMG 20171115 WA0006
 
Memberi taklimat  mengenai klik dengan bijak kepada adik-adik pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Abang anjuran Perpustakaan Desa Kampung Kuala Abang. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
 
Ia bertujuan untuk:-
  • * Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • * Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • * Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • * Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

 

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

 


 

Tajuk        : Program Klik bersama Pusat Internet 1Malaysia Tamaan Rakyat Jaya 
Tarikh       : 18 November 2017
Masa        : 9.00 am - 2.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 124 Peserta
 
IMG20171118092636
 
Program Klik bersama Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya adalah satu program dimana untuk memperkenalkan dan mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat serta yang berhampiran dengan Pusat Internet 1Malaysia. Antara modul yang  terdapat dalam aplikasi dashboard komuniti adalah My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Place dan My Shop.
 
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah :-
1) Pencarian Ahli Baru (Give And Take)
2) Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (Apps Login Challenge)
3) Pemeriksaan Kesihatan Percuma (My Health)
4) Eksploitasi Dashboard Komuniti
    - Membuat Hebahan (My Komuniti)
    - Membuat aduan (My Soal)
    - Memuatnaik produk baru dan lihat produk (My Shop)
5) Persembahan nyanyian lagu rakyat daripada Tabika Kemas Taman Rakyat Jaya dan Rumah Awam Kos Renndah
6) Teka Silang Kata
7) Mencari perkataan tersembunyi 
 
Selain itu juga, program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya