Halaman 1 dari 2
Tajuk : Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Abang
Tarikh : 15 November 2017
Masa : 9.00 am - 12.00 pm
Bertempat : Perpustakaan Desa Kampung Kuala Abang
Peserta : 17 Peserta
Memberi taklimat mengenai klik dengan bijak kepada adik-adik pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Abang anjuran Perpustakaan Desa Kampung Kuala Abang. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Ia bertujuan untuk:-
- * Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- * Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- * Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
- * Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
- Seterusnya
- Seterusnya >>