Makam Sultan Yahya Siak

 

 

Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Shah (1782 -1784 M), merupakan putera sulung Sultan Ismail dan mempunyai pertalian darah dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Kerajaan Negeri Johor, Riau Lingga (1722 sehingga 1760 M). Apabila Raja Kecil mangkat, puteranya Tengku Mahmud menaiki takhta Kerajaan Siak dengan gelaran Sultan Mahmud tetapi telah dirampas oleh Raja Alam iaitu putera sulung Raja Kecil.

 

Dengan bantuan bapa saudaranya, Sultan Mahmud dapat merampas kembali takhtanya dari Raja Alam. Setelah kemangkatan Sultan Mahmud, takhta kerajaan siak diambil alih oleh Sultan Ismail. Niat Raja Alam untuk menaiki takhta kerajaan Negeri Johor tetap subur dan akhirnya beliau berjaya menewaskan Sultan Ismail dengan menaiki takhta kerajaan Siak lalu Raja Ismail membawa diri Ke Terengganu.

 

Namun begitu, Sultan Ismail berjaya merampas semula takhtanya dari Raja Alam dengan bantuan dan sokongan daripada pemerintah Terengganu. Tidak lama kemudian baginda mangkat dan diganti oleh anakanda beliau iaitu Tengku Yahya dengan gelaran Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Shah. Baginda memerintah selama dua tahun bermula tahun 1782 sehingga 1784 sebelum takhta kerajaanya dirampas oleh Sayyid Ali iaitu keturunan Raja Deli melalui dengan satu tipu muslihat. Sultan Yahya diusir dari kerajaanya dan tinggal di Retih, beliau pun mengambil keputusan untuk keluar dari Siak untuk meminta bantuan daripada kerajaan alam Melayu bagi merampas kembali takhtanya tetapi gagal. Beliau dan beberapa orang pembesar telah berlayar sehingga sampai ke Terengganu dan menetap di Kota Pati-Bemban Dungun sehingga akhir hayatnya. Beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Lijah, Dungun, Terengganu pada tahun 1784.

 

 

RIMBA BANDAR BUKIT BAUK

Mendengar sahaja nama Bukit Bauk, hampir semua Rakyat Negeri Terengganu pasti memikirkan tentang bahayanya laluan di jalan ini di suatu ketika dahulu. Ini disebabkan kerana Bukit Bauk merupakan antara jalan maut yang sering terjadi kejadian yang tidak diingini. Tapi itu dulu, sebelum jalan Bukit Bauk di baik pulih. Selekoh-selekoh tajam yang dulunya bahaya, kini telah ditingkatkan keselamatan.

 

Selain itu, kini Rimba Bukit Bauk telah menjadi tumpuan ramai semenjak adanya trek joging. Trek joging ini akan dipenuhi dengan penduduk tempatan pada hari cuti dan cuti Am. Lokasinya yang berhampiran dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).