SEJARAH DUNGUN

Pokok Dungun

Dungun merupakan sebuah daerah dalam Negeri Terengganu. Nama dipercayai  berasal daripada Pokok Dungun iaitu sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu.

Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.

Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.


ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya. 

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.

 

 

SEJARAH TAMAN RAKYAT JAYA

Awalnya kawasan taman ini adalah kawasan paya dan kemudianya telah ditambak oleh kerajaan negeri pada tahun 1985. Setelah hampir 15 tahun, barulah kawasan ini dimajukan.

Taman ini telah dimajukan oleh Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd dan di bina oleh Pembinaan ANZ Sdn.Bhd pada 10 Mac 2000. 

Pada 20 Ogos 2004 taman ini telah siap dibina secara beransur-ansur. Bertarikh 24 September 2004, pembeli-pembeli perumahan Taman Rakyat telah mula berpindah masuk secara keseluruhanya.

Setelah hampir 10 tahun usia taman ini, ia semakin maju dan kini telah dilengkapi pelbagai kemudahan awam dan penduduk kini mejalani kehidupan yang lebih selesa.