Tajuk        : Program Pemeriksaan Mata Dan Tekanan Darah PERCUMA.
Tarikh       : 19 Ogos 2017
Masa        : 0930 am - 0100 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta     : 116 Peserta
 

IMG20170819095429 

Program ini diadakan dengan kerjasama Pro Eye Care Optimetry yang berpusat di Kemaman. Program Pemeriksaan Mata Dan Tekanan Darah ini telah diadakan di Pusat Internet Taman Rakyat Jaya. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendededahkan pentingnya dalam penjagaan mata dan kesihatan menyeluruh disamping mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti.

Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.