Jiran Wanita atau singkatan Jiranita Taman Rakyat Jaya telah ditubuhkan pada tahun 2007 sehinggan kini 2015 masih lagi bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti yang diadakan. Penglibatan kaum wanita setempat dalam apa jua program yang dijalankan amat menggalakan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :-

 

  • Kelas memasak
  • Dandanan diri
  • Gubahan
  • Kuih muih

 

Tenaga pengajar juga didatangkan khas sepenuhnya dari Jabatan Kemas Daerah Dungun.


 

Selain daripada persatuan Jiranita, persatuan perwani juga telah ditubuhkan oleh kaum wanita Taman Rakyat Jaya iaitu Persatuan PERWANI Habbatus Sauda Taman Rakyat Jaya.

Perwani atau Komuniti perwani 1Malaysia adalah inisiatif yang diperkenalkan dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (NBOS 8). Ia dipertanggungjawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementeria Kewangan (MOF) sebagai peneraju.

Komuniti Perwani 1Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Majlis 1Million Purple Walk pada 17 Mac 2013. Untuk ketahui lebih lanjut anda boleh klik pada link http://www.komunitiperwani.my

 

 

Carta Organisasi Komuniti Perwani Habbatus Sauda Taman Rakyat Jaya