Picture2

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan kosmestik dan perunding kecantikan yang dijual secara atas talian dan luar talian. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet Taman Rakyat Jaya pada 8 Oktober 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Taman Rakyat Jaya, saya tidak mahir dalam mempromosikan produk saya secara atas talian seperti menggunakan aplikasi Whatsap atau sebagainya dan hanya hebahan melalui mulut ke mulut sahaja.    

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alhamdulillah selepas mengikuti setiap program yang dijalankan oleh Pusat Internet Taman Rakyat Jaya kini kemahiran saya dalam dalam mempromosikan produk  bertambah baik. Saya juga mahir dalam menggunakan asas komputer untuk membuat akaun kewangan saya sendiri.