Rohani

Latar belakang 

Beliau merupakan seorang suri rumahtangga yang berjinak-jinak dalam perniagaan aksesori wanita. Mempuyai seorang cahaya mata dan menetap di Kampung Balai Besar Dungun. Mula menjadi ahli Pusat Internet Taman Rakyat Jaya pada 29 November 2013.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum saya menyertai kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Taman Rakyat Jaya, saya tidak mahir dalam menggunakan komputer sehingga saya di ajarkan asas pengenalan komputer daripada pihak Pusat Internet Taman Rakyat Jaya.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alhamdulillah selepas mengikuti setiap program yang dijalankan oleh Pusat Internet Taman Rakyat Jaya kini kemahiran saya dalam penggunaan komputer dan perisian bertambah baik. Saya juga mahir dalam menggunakan asas komputer untuk membuat akaun kewangan saya sendiri.