Dnorlidza

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang surirumah tangga yang mempunyai empat orang cahaya mata yang berasal daripada Melaka. Memiliki empat orang cahaya mata tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang jurusolek yang berjaya. Mula menjadi ahli Pusat Internet Taman Rakyat Jaya 31 Mac 2012. Selain menjadi jurusolekan beliau juga menjadi agen dropship.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum saya menyertai kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Taman Rakyat Jaya, saya tidak mahir dalam menggunakan komputer sehingga saya di ajarkan asas pengenalan komputer daripada pihak Pusat Internet Taman Rakyat Jaya.   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Alhamdulillah selepas mengikuti setiap program yang dijalankan oleh Pusat Internet Taman Rakyat Jaya kini kemahiran saya dalam penggunaan komputer dan perisian bertambah baik. Saya juga mahir dalam menggunakan asas komputer untuk membuat akaun kewangan saya sendiri.