Picture1

 

Latar Belakang

Merupakan anak pertama daripada 5 adik-beradik, kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar. Mula menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya pada tahun 2015.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 1Malaysia

Sebelum melibatkan diri dengan program yang dijalankan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya saya sememangnya kurang mahir dalam penggunaan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 1Malaysia

Setelah menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya beberapa tahun yang lalu saya selalu mengikuti kelas dan bengkel yang telah dijalankan. Alhamdulillah selepas mendapat pendedahan dan tujuk ajar dari Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya dalam penggunaan internet dan asas komputer kemahiran saya semakin bertambah baik.

Gambar


 

Picture2

 

Latar Belakang

Merupakan seorang suri rumah tangga ibu kepada 2 orang cahaya mata dan mula berjinak-jinak dalam perniagaan kek secara offline. Mula serius dalam perniagaan offline dan online setelah membuat pencarian resepi dalam internet. Pendapatan saya bertambah setelah mendapat tempahan dan sambutan yang memberansangkan daripada pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 1Malaysia

Sebelum ini saya sememangnya kurang mahir dalam penggunaan komputer, saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet 1Malaysia

Mula-mula berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya dengan mengikuti ibu saya ke program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya dan disitulah saya mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaan saya secara online dengan lebih efektif.

Gambar