Tajuk         : Advokasi Klik Dengan Bijak
Tarikh        : 2 April 2019
Masa         : 2.00 pm - 5.00 pm
Bertempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun
Peserta      : 130 Peserta
 
Tujuan 
Peserta terdiri daripada golongan Guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun. Program ini merupakan program Kluster bagi Daerah Dungun . Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kebaikan dan keburukan internet. Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.
 
Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Namun, dengan adanya internet, anda boleh memperluaskan pengetahuan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia serta membuat transaksi online hanya dalam beberapa saat sahaja!

 

Tetapi, anda juga boleh menjadi mangsa penipuan atau buli siber. Malah, jika anda menjadi ketagih kepada internet, anda boleh mengabaikan kehidupan sebenar tanpa anda sedari. Ingat, teknologi sepatutnya berkhidmat untuk anda, bukan sebaliknya.

 

Aktiviti

Antara akitivi yang diajarkan adalah :-
- Taklimat Klik Dengan Bijak
- Kuiz Klik dengan Bijak
- Kuiz Kahoot