Tajuk        : Program Cilik Celik IT bersama Tabika Perpaduan Taman Rakyat Jaya 
Tarikh       : 13 Februari 2018
Masa        : 9.00 am - 12.00 pm
Bertempat : Pusat Internet  Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 44 Peserta 
 
 
Tujuan
Program Cilik Celik IT bersama Tabika Perpaduan 1 dan 2 Taman Rakyat Jaya. Program ini dihadiri seramai 44 orang peelajar dan 5 orang guru pengiring. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tabika ini tentang pengenalan asas komputer.  
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna online dan menonton video pendidikan. 
 

 
Tajuk        : Pemeriksaan Tekanan Darah
Tarikh       : 19 Februari 2018
Masa        : 10.00 am - 12.00 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 10 Peserta
 
 
Tujuan
Pemeriksaan tekanan darah bersama ahli Pusat Internet Taman Rakyat Jaya seramai 10 orang peserta. Pemeriksaan tekanan darah merupakan salah satu modul yang terdapat dalam Aplikasi Dashboard Komuniti iaitu My Health. My Health adalah satu aplikasi kesihatan yang boleh digunakan di Pusat Internet. Antara peralatan yang disediakan di Pusat Internet Taman Rakyat Jaya adalah penimbang dan pemeriksaan tekanan darah.
 
Aktiviti
Pemeriksaan tekanan darah secara PERCUMA
 

 
Tajuk        : Program Advokasi dan E-Waste
Tarikh       : 20 Februari 2018
Masa        : 8.00 am - 1.00 pm
Bertempat : Pejabat Majlis Daerah Dungun
Peserta      : 43 Peserta
 
 
Tujuan
Program Advokasi dan E-Waste bersama Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) anjuran Pusat Internet Kluster Daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Majlis Daerah Dungun yang bertempat di Pejabat Majlis Daerah Dungun. 
 
Program ini dijalankan adalah untuk :-
 
  • * Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • * Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • * Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • * Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

 

Aktiviti

Klik dengan bijak dan kutipan E-waste


 

Tajuk        : Kahoot
Tarikh       : 23 Februari 2018
Masa        : 4.00 pm - 5.00 pm
Bertempat : Bilik Latihan Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 9 Peserta
 
 
Tujuan
Disertai seramai 9 orang peserta yang terdiri di kalangan pelajar sekolah rendah dan menegah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk para peserta supaya berminat untuk mendalami pembelajaran atas talian.
 
Aktiviti
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan percuma untuk guru-guru dan semua pelajar.