Tajuk        : Program Snap And Capture Product
Tarikh       : 7 September 2017
Masa        : 0900 am - 0100 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 11 Peserta
 
IMG20170907120148
 
Program ini dijalankan di Pusat Internet Taman Rakyat Jaya pada 7 September 2017 yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu para peniaga cara mengambil gambar produk jualan supaya menjadi lebih menarik. 
 
Selain itu juga, program ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop) kepada peniaga supaya mengetahui selain platform media sosial facebook, instagram http://myshop.pi1m.my/ ini juga dapat digunakan oleh peniagaan dengan syarat menjadi ahli Pusat Internet yang berdekatan dengan anda.
 

 
Tajuk        : Program Dashboard Komuniti
Tarikh       :10 September 2017
Masa        : 0900 am - 0200 pm
Bertempat : Pusat Internet Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 146 Peserta
 
IMG20170910100522
 
Program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kepada komuniti setempat tentang kewujudan aplikasi baharu yang boleh dimuat turunkan di android telefon pintar anda. 
 
Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.