Restoran Mak Wan Mee Sup Melayu Champa (MWSMC) terletak di pesisiran pantai dungun iaitu jalan pantai sura hujung bersebelahan kelab golf dungun. Mee Champa ini merupakan salah satu makanan tradisi turun temurun yang berasal dari kemboja. Restoran MWMSMC ini mula viral beberapa tahun yang lalu dan kini mendapat liputan luas terutama di media sosial serta amat popular di kalangan pengunjung tempatan.